Thursday, February 24, 2011

Malaysia menang 2-0; Pakistan uji kematangan Harimau Muda

Pheewww..lega juga akhirnya dengan 2 gol separuh masa pertama. Sekejap nampak mudah, tiba-tiba jadi 'liat'...pasukan Harimau Muda A negara harus mengambil banyak iktibar daripada perlawanan 'istimewa" dengan Pakistan dalam kelayakan Olimpik, di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Kita kena kritik prestasi dan corak permainan anak-anak buah Ong Kim Swee. Fokus kritikan ialah mereka sepatutnya lebih matang, lebih cermat mengimbangkan fokus, dedikasi dan semangat juang untuk membendung sikap terlalu yakin, selesa dan penuh gaya!
Bukan mahu kritik semangat, teknik atau taktik individu/berpasukan. Yang perlu ditegur ialah sikap pemain keseluruhannya yang begitu mudah "hilang kesedaran" setelah begitu garang dan penuh sungguh-sungguh sehingga berjaya membolosi gawang Pakistan seawal minit ketiga lagi.
Apa jadi selepas itu? Tiba-tiba, aksi dan gerak geri (body language) hampir semua pemain negara seakan-akan longgar; bagai dibuai rasa selesa, mungkin merasakan Pakistan lawan yang mudah saja untuk ditundukkan. Kenapa tidak teruskan asakan garang, tahap tempo permainan yang tinggi serta komitmen untuk menang yang tebal seperti awalnya? Apakah pemain-pemain muda kita telah mudah diresapi oleh tempias kekebalan daripada kejayaan skuad kebangsaan menjuarai Piala Suzuki, Disember lalu?
Persoalan isu kematangan Skuad Olimpik negara malam tadi ialah "kenapa Pakistan tiba-tiba 'liat' untuk ditundukkan? Mujur selepas jaringan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit ke-3, Malaysia berjaya menambah jaringan menerusi Mohd Irfan Fazail pada minit-minit akhir babak pertama.
Diharapkan, Ong Kim Swee, penolongnya, Mohd Hassan dan Yong, dapat membimbing pemain Skuad Olimpik negara di segi memupuk diri dengan kematangan kerana situasi dan suasana dalam sesuatu perlawanan bolasepak boleh berubah sekelip mata...lawan yang pada mulanya mudah, tiba-tiba boleh bertukar menjadi 'liat"!!! Selamat berjuang di Lahore...

No comments:

Post a Comment