Tuesday, March 1, 2011

Di antara semangat Azizul dan 'kelewehan Media'

Sungguh ketara sekali laporan media (sukan) Malaysia yang mengatakan: "Kecederaan Azizul tidak serius.." Kayu keras tajam tembus betis, tak serius lagi"? Media gerangan mana agaknya yang paling awal terbawa-bawa dengan semangat tinggi "Rocket Pocket", Azizul Hasni Awang? Media mana agaknya, atau mungkin Pak Menteri Sukan kah yang lebih dulu terbawa-bawa dengan kegagahan Azizul, pelumba yang menjadi harapan pingat Sukan Olimpik London tahun depan (harapan pingat pertama Olimpik selain acara badminton).
Semangat juang Azizulhasni, daya saing dan profesionalismanya, memang tidak boleh dinafikan. Benar, dia bangun segera dalam keadaan betis kirinya telah tertusuk kayu 9 inci untuk menamatkan perlumbaan, sekaligus berjaya merangkul pingat gangsa acara keirin siri Klasik Piala Dunia diMachester, bulan lalu. Anak Terengganu itu juga mengesahkan posisinya selaku juara siri klasik dunia (4 siri perlumbaan), di depan lagenda trek Britain, Sir Chris Hoy.
Malangnya, bagi saya, semangat tinggi dan kekuatan Azizulhasni telah disalahtafsir, gara-gara keghairahan untuk melihat dia bangkit daripada insiden ngeri di Manchester, dengan membutirkan sebuah pingat untuk Malaysia pada Sukan Olimpik London, tahun depan.
Memang benar, perancangan dan peluang Azizulhasni menuju London 2012, tidak mungkin terjejas kerana insiden di Manchester. Pun begitu, janganlah sampai kata apa yang menimpanya itu tidak serius. Ia cukup serius dalam semua segi!
Lebih malang lagi, dek kerana terbawa-bawa dengan "harapan syok sendiri" terhadap Azizul, tiada satu pun media tempatan Malaysia berani atau cekap untuk mengutarakan "apa yang sebenarnya berlaku di trek Manchester itu?"
Velodrom berkenaan begitu gah sebagai "Home of British Cycling" tetapi apa sudah jadi? Kayu trek terkopek?..Maintainence 'ala-Malaysia'?...Penganjur terlepas pandang? Kalau berlaku di Malaysia, mesti ramai penulis sukan media tempatan, termasuk yang ada blog sendiri, dengan pantas mengritik, menyalahkan penganjur atau menyiasat bagaimana kayu trek kecil dan tajam boleh menusuk tembus betis kiri pelumba kebanggaan kita.
Kenapa tiada yang menyentuh langsung sudut Manchester dan penganjurnya? Yang ada pun, Datuk Naim Mohamad dikatakan tidak akan membuat bantahan kepada penganjur. Dan sekarang sibuk pula dengan laporan bagi meniup keghairahan Azizulhasni untuk berlumba pada World Championships di Belanda bulan depan.
"Kecederaan Azizul tidak serius?"...the Malaysian sports media must be joking!!!

No comments:

Post a Comment