Friday, September 30, 2011

Adam Malik - Muar-born to ATP

It feels so good that everytime I browsed through the ATP website, the name Adam Malik still rings a bell. So, before the name Adam Malik and the Malaysian flag get wiped out of the ATP system, I would quickly reccomend every Malaysian to have a look at it NOW. I dont want to be the over-patriotic guy here! But hey, seriously I doubt it that there will ever be another tennis player from Malaysia in the eyes of the ATP, in, say at least, another 50 years! So, get to your computers now...just check and search the name Adam Malik so that we will not feel too bad everytime the ATP tour stops in Kuala Lumpur.
This year's ATP-Malaysian Open at Putra Stadium, Bukit Jalil again brought up the question on the level of tennis among the current national players. No Malaysian player are ranked even in the 1,000 bracket of the ATP rankings. Wild-card appearances in the singles qualifying, or the main draw in doubles, ended without any kind of challenge by Malaysian players. I say this without trying to discredit the efforts of our current players such as Si Yew Meng, Deen Hisham, Ahmad Deedat or others. So in terms of ATP history, which means the real thing in men's professional tennis, no Malaysian player comes close to the achievements of Adam Malik. Muar-born Adam who now resides in the United States, is indeed the forgotten hero of Malaysian sports, tennis in particular. And who would forget that Adam is Malaysia's youngest ever player when he played in the Davis Cup at the tender age of 14!.
I feel we are lucky that the ATP player search still holds the data of Adam Malik despite being categorised as an "inactive player". Thanks to the immaculate data gathering of the ATP, we are still able to remember Adam's professional career, though not as illustrious as we would have liked. The ATP web-site data still kept Adam's ranking during the eight year period after he turned pro in 1988. Adam, now 44 years old, has a career high ranking of 436 in April 1995. I remember those days some fans used to complain that his ranking is "nothing" but looking back now, at least Adam was genuinely ranked by the ATP based on his touring points, including his "lone ranger" exploits carrying the Malaysian flag in the Satellite and Challenger Series. He was the real thing representing Malaysia among thousands of tennis professionals in a sport dominated by Europe and the Americas. At least, Adam was a truly feared player in Asian tennis during that period. I remember he played some superb tennis to beat his rivals from Korea, Thailand and Indonesia at the National Tennis Center in Jalan Duta in the late 80's and early 90's.
But my biggest memory of Adam's playing career was when he beat two higher ranked players to reach the Kuala Lumpur ATP tournament in 1994 at KL Badminton Stadium in Cheras. He beat up and coming American, Robbie Weiss in two tie-break sets in the first round. In the round of last 16, Adam overcame experienced Swedish player, Thomas Nydahl, 4-6, 7-6, 7-6 to reach the quarter-finals of an ATP event. And that is history in Malaysian tennis and sports in general! There are lot more stories of Adam who also had the talented but locally groomed V Selvam and another pal, R Ramachandran as his rival and team-mate in the national tennis team during that exciting period. How can I forget them, especially Adam whom I regard as the best tennis player Malaysia has ever produced. Thank you for the memories Adam Malik!

Friday, September 23, 2011

Siapa kata kita akan 'mengaum'?

Baru saja lepas terbaca blog "Aku Bimbo"... jadi naik semangat pulak untuk aku memasang angan, membentak perasaan! Semuanya gara-gara tajuk beberapa akhbar di Malaysia susulan kekalahan 2-0 di tangan Jepun dalam kelayakan Olimpik London 2012, Rabu lalu. Spesifiknya, tajuk akhbar tabloid berbahasa Melayu. Memang mudah,  'sedap' dan puas hati bagi orang yang tukang buat 'heading' kalau tajuk itu dirasakan dapat menguja para pembaca akhbar berkenaan. Kalau "Aku Bimbo" ada menyanggah sikap sensasi tajuk sebuah akhbar mengenai seorang kanak-kanak yang dijangkiti virus Aids yang dilabel sebagai "budak Aids" (anak gitaris sebuah kumpulan rock tempatan), aku pula kurang senang dengan dua tajuk akhbar tempatan selepas kekalahan Malaysia di tangan Jepun di Stadium Tosu, Fukuoka, Jepun pada 21 September lalu. Bagi aku dua tajuk yang dimaksudkan: 1) "Harimau Muda gagal mengaum di bumi Jepun"; dan 2) "Harimau Lemau"; sungguh dangkal, rendah mutu dan berbaur penghinaan.
Aku yakin dan percaya, kedua-dua tajuk itu direka tanpa menyusuri rentetan sebenar bolasepak negara, malah rangkap katanya dikeluarkan secara spontan untuk memperkecilkan pemain dan pasukan kita sendiri. Bagaimanapun, jika wartawan, penyunting, atau editor yang bertanggungjawab mencetuskan ungkapan tajuk-tajuk itu berfikir dengan sedikit mendalam dan teliti, mereka pastinya akan mendapat ilham untuk memaparkan "heading" lain yang lebih tepat, membina dan tidak merosakkan bahasa. Sebagai orang yang pernah terlibat dengan penerbitan akhbar tabloid pada tahun 1990-an dulu, saya ingin memberikan sedikit hujah mengenai 2 tajuk berkenaan pada Khamis, 22 September 2011 (nama akhbar berkenaan dirahsiakan).

 Harimau Muda gagal mengaum di bumi Jepun
 Persoalannya:
1) Siapa yang kata pasukan kita akan mengaum di Jepun?
2) Bukankah wartawan dan sidang redaksi akhbar berkenaan sendiri yang berminggu-minggu mengulit sendiri harapan dan gambaran sebelum perlawanan?
3) Adakah jurulatih Olimpik, Ong Kim Swee pernah mengatakan pasukannya akan mengaum di Jepun? Saya rasa tidak pernah!
4) Mengikut sejarah, media sukan tempatan (termasuk akhbar tabloid berkenaan) mudah terbawa-bawa elemen "match previews" yang seolah-olah pasukan kita akan meledak dan menang pada hari perlawanan nanti! Rasa positif itu tidak salah, namun perlu realisitik.
5)  Tidak salah juga jika Kim Swee atau pemain berjanji untuk memberikan yang terbaik, atau menjangkakan peluang kita ada apabila bertemu Jepun nanti.

* Jadi, tajuk akhbar "gagal mengaum" dalam konteks menentang Jepun tempoh hari tidak memberi gambaran yang adil dan sesuai. Persoalannya sekali lagi: "Siapa yang janji Malaysia akan mengaum di bumi Jepun?". Itu cuma andaian syok sendiri tabloid berkenaan.

"Harimau lemau"
1) Perkataan "lemau" dalam tajuk ini adalah sebahagian daripada vokabulari bahasa pasar/rojak generasi SMS dan FB. Juga dikerap dianjurkan oleh pelbagai individu dalam selebriti hiburan. Maksud "lemau" ditujukan kepada orang yang lembap, tak bertenaga dan tidak ceria.
2) Penggunaan perkataan 'lemau' terhadap skuad Olimpik negara sungguh berbaur penghinaan (sedangkan pemain jelas berusaha sedaya upaya menyaingi Jepun walaupun akhirnya tewas 2-0).
3) Kita akur corak permainan Malaysia di Tosu didominasi Jepun, antara statistik 16 percubaan Jepun; 1 percubaan Msia. Tetapi perkataan 'lemau" bukan istilah yang adil jika penulis tajuk akhbar berkenaan mengerti kronologi kejatuhan dan kebangkitan bolasepak Malaysia dan Jepun secara amnya. Perbandingan moden: Jepun No1 di Asia; Msia ke-25!
4) Di segi bahasa pun, penggunaan perkataan 'lemau' tidak tepat (sesuai untuk kuih dan biskut) untuk menggambarkan prestasi sesebuah pasukan bolasepak.

* Jadi, penggunaan 'lemau' hanyalah sikap nakal akhbar tabloid berkenaan seperti mahu menghina pasukan Olimpik negara. Ia sekadar 'sedap mulut' mereka saja yang mungkin juga sudah kehabisan idea. Secara peribadi, saya sendiri tahu ramai juga yang boleh dilabel sebagai 'lemau' di kalangan petugas media tempatan.

Apa yang menariknya, komen daripada pengulas berkecuali (Inggeris) untuk perlawanan Jepun-Malaysia itu, mempunyai pendapat yang lebih terbuka dan berbeza daripada gambaran akhbar tempatan kita sendiri. Pengulas berkenaan nyata melihat secara lebih menyeluruh bolasepak Malaysia dan Jepun. Antara pendapat mereka, pasukan Malaysia telah mempamerkan tentangan yang mantap, malah telah mampu meningkatkan keyakinan untuk berdepan Syria dan Bahrain; dan seterusnya merintis masa depan yang lebih baik. Barangkali, pendapat pengulas dan bekas pemain profesional itulah yang menjadi perbezaan minda kelas pertama berbanding sikap 'sedap mulut' dan menghina sesuka hati oleh sesetengah ruangan sukan tabloid tempatan.

Tuesday, September 20, 2011

Skuad Olimpik cari "good result"

Barangkali 'mood' Raya yang membuatkan saya rasa terlalu sibuk untuk menulis. Detik sedih dan malang menimpa rakan media dalam misi kemanusiaan di Somalia juga seolah-olah melambatkan gerak-geri. Apa pun esok, Malaysia lawan Jepun dalam sukan bolasepak, kejohanan kelayakan Sukan Olimpik, mempunyai tarikan yang sudah cukup kuat.
Jepun (dan Korea Selatan) sering menjadi tuturan 'sedap mulut' peminat fanatik bolasepak tempatan. "Dulu, Jepun pun kita titik senang-senang." Memang benar tetapi tidak semua komen kita tepat. Kelayakan Sukan Olimpik 1972, Malaysia benam Jepun 3-0 menerusi hatrik Syed Ahmad Syed Abu Bakar membolehkan Malaysia layak ke Munich. Itu dulu, ini sekarang! Proses kelayakan bolasepak sekarang juga sudah banyak berubah. Jumlah negara yang menghantar pasukan beraksi dalam bolasepak antarabangsa juga sudah bertambah besar. Perjalanan pasukan kendalian Ong Kim Swee ternyata begitu berliku. Bolasepak Jepun sekarang menuju "world class" dalam semua aspek. Perlawanan esok hanyalah yang pertama daripada 6 perlawanan semuanya yang turut membabitkan Syria dan Bahrain. Yang penting, pasukan Olimpik negara perlu tepat mencari sasaran untuk mendapatkan "good result".
Ketika bersembang dengan Kim Swee di luar 'set' di Sri Pentas minggu lalu, saya sempat meluahkan rasa kepada beliau bahawa Malaysia perlu jelas dan terancang untuk mencari "good result". Kalah 1-0 mungkin masih boleh dianggap "good result". Apa ni? Takde semangat ke? Mengalah sebelum berjuang? Bukan itu maksud saya. Saya percaya Kim Swee dan pemain-pemainnya faham realiti bolasepak di antara Malaysia dan Jepun ketika ini. Justeru, mencari 'good result' amat penting supaya cabaran awal pasukan Olimpik untuk mengintai peluang ke London 2012, tidak terjerumus, terkulai dan layu! Biarlah secara keseluruhannya, pasukan Olimpik Malaysia dapat mempertontonkan kualiti yang sewajarnya dan terus mencari landasan untuk membantu kebangkitan bolasepak Malaysia. Baiklah, 0-0 atau 1-1 sudah tentu good result yang lebih diinginkan peminat bolasepak tempatan dan saya sendiri. Satu mata daripada perlawanan 'away' di Tosu, Jepun sudah pasti cukup berharga, sekaligus membakar semangat dan keyakinan pemain Malaysia untuk cabaran seterusnya. Jadi, Ong Kim Swee, grup teknikalnya serta pemain-pemain skuad Olimpik, peka, prihatin dan berusaha keraslah untuk apa yang sepatutnya menjadi "good result" di Jepun, esok. Selamat berjuang!!!

Sunday, September 4, 2011

Mengenang Allahyarham Noramfaizul

Jangan mulakan 'blame game', kata YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor jurukamera Bernama TV yang tertembak mati ketika membuat liputan misi kemanusiaan Kelab Putera 1-Malaysia di Somalia, dimahsyurkan sebagai wira negara. Kita faham semua itu. Mujur juga Datuk Seri Najib bijak membaca situasi apabila berjanji bahawa langkah dan perancangan yang lebih teliti dan berhati-hati akan diambil sebelum Malaysia menghantar delegasi dalam misi yang seumpamanya pada masa akan datang. Cukuplah dengan pengorbanan rakan kami Noramfaizul yang meninggalkan seorang balu, Norazrina Jaafar dan dua anak lelaki, Mohd Irfan dan Mohd Naufal.
Saya amat percaya, kita mampu mengelakkan tragedi media Malaysia di Somalia daripada berulang. Rasanya tidak mahu lagi melihat sebarang suasana kepulangan jenazah yang disambut, malah dirai, di lapangan terbang seperti yang berlaku di TUDM, Subang, kira-kira jam 10.10 pagit semalam. Terdetik juga kekesalan di sebalik pengiktirafan pihak tertinggi kerajaan yang menyifatkan kematian Allahyarham Noramfaizul sebagai inspirasi yang melambangkan jati diri dan hati budi seluruh warga Malaysia dalam membantu insan sejagat. Bukan berniat mencetuskan 'blame game' yang diistilahkan YAB Perdana Menteri, tetapi tetap timbul pelbagai persoalan apakah penganjur misi Somalia telah mengambilkira segala risiko keselamatan dan merencana pengurusan misi bantuan berkenaan dengan sebaik-baiknya. Diharap tiada sebarang kelalaian atau sikap memandang ringan terhadap setiap keperluan yang sepatutnya diberi perhatian. Diharap, tiada sebarang kesempatan diambil oleh mana-mana pihak, dan jangan sekali-kali mahu 'membutakan' kita daripada realiti dan tragedi yang menimpa Allahyarham.
Secara peribadi saya hanya mengenali Allahyarham menerusi beberapa ketika seperti liputan sukan atau acara sukan antara media tempatan. Jersi pasukan bolasepak Malaysia (versi sebelum kebangkitan Harimau Malaya) yang dipakai ketika bergambar bersama keluarga, membuktikan semangat Allahyarham terhadap negaranya. Allahyarham memiliki air muka yang tenang dan ceria. Saya cukup senang setiap kali bertemu beliau. Kali terakhir saya disapa Allahyarham ialah pada pelancaran logo UFL di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur pada 18 Julai lalu. Saya sedih dan terkilan. Pemergian Allahyarham juga amat dirasai oleh rakan-rakan petugas media yang lain.Takziah buat seluruh anggota keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor.