Wednesday, May 9, 2012

Macam-macam tak tentu...

BERTALU-TALU reaksi yang aku terima sebaik saja Pak Menteri, Datuk Seri Utama Rais yang dipetik sebagai berkata baru-baru ini bahawa hak penyiaran sukan kini perlu dikongsi oleh pelbagai rangkaian televisyen tempatan. Untuk lebih tepat, kenyataan yang ditafsir orang awam sebagai arahan itu ditujukan hanya untuk stesyen televisyen percuma (free-to-air) dan bukannya kabel seperti Astro. Dari orang atasan, rakan kerja mahupun peminat sukan, semuanya terus menyifatkan TV3 akan berkongsi siaran Euro 2012 di Poland-Ukraine dengan RTM; dan lepas tu RTM pula akan berkongsi siaran Sukan Olimpik London 2012 dengan TV3. Macam mana pula dengan Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil? Sukan Komanwel 2014 (Glasgow), Sukan Asia 2014 (Inchoen) atau Sukan SEA 2013 (Myanmar)? Aahhh best jugak kalau rangkaian FTA, umumnya TV3,RTM atau mungkin Bernama TV benar-benar berkongsi siaran sukan besar seperti yang disebutkan. Memang Datuk Seri Rais ada sebut bahawa kandungan popular (popular content) harus dikongsi demi hak tontonan umum rakyat Malaysia...satu Malaysia! Peminat sukan tempatan tentulah gembira dengan beranggapan dapat menyaksikan semua acara temasya sukan terbesar dunia tanpa bayaran, ikatan, sekatan atau peraturan yang kadangkala tidak mampu dileraikan. Soalnya sekarang apakah kenyataan Menteri Komunikasi itu akan diterimapakai oleh pemilik-pemilik hak siaran seperti FIFA, IOC, UEFA, FOA, CGF dan sebagainya. Apatah lagi senario jual beli hak siaran acara sukan terbesar masih turut dikuasai agensi-agensi pemasaran terkemuka dunia. Apa yang pasti, memang menarik perkembangan ini dan 'dari dalam" saya menunggu penuh minat bila dan bagaimana ia akan berlaku! Coretan yang ini juga ada kaitan tentang kerjasama di kalangan syarikat televisyen tempatan. Bagaimanapun, ia berkenaan 'ikatan' Astro Arena (kabel Astro 801) terhadap beberapa atlet terkemuka negara. Tidak dinafikan ada bentuk kerjasama tetapi secara moralnya, masih ketara ciri 'dominasi' yang diamalkan untuk jenama syarikat masing-masing lebih atas. Misalnya, sekarang ini kalau ada media elektronik ingin menemubual Datuk Lee Chong Wei, rakaman perlu dibuat dengan Chong Wei memakai baju yang tertera Astro Arena. Sebenarnya, tiada masalah besar dalam hal itu tetapi ia semakin meninggalkan kesan yang tidak selesa di antara syarikat-syarikat media tempatan. Barangkali atlet dan persatuan yang ingin membuat kontrak atau sebagai perjanjian dengan syarikat media, sama ada cetak mahupun elektronik, diharap sedikit berhati-hati dan memberi pertimbangan sewajarnya kepada media lain. Bila dalam sesuatu hal, mereka perlu peranan semua media tetapi pada masa yang sama dalam situasi lain, boleh merosakkan kerjasama itu apabila membuat perjanjian ekslusif dengan syarikat tertentu. Rasanya di luar negara, jarang syarikat media menjadi penaja khusus atlet atau pasukan kebangsaan kerana secara umumnya, atau mengikut kata akal,mereka (atlet) adalah ikon dan inspirasi untuk semua, untuk negara. Esok saya akan berlepas ke negara Myanmar buat kali pertama untuk siri lawatan sambil belajar. Dari kecil dulu, secara intuisinya, saya memang tertarik secara dengan sebutan dan gambaran negara Burma (kini Myanmar). Dari cerita-cerita arwah bapa mengenai kekuatan pasukan bolasepak Burma yang pernah menjuarai Pestabola Merdeka dan Sukan SEA...Hla Tay dan sebagainya. Burma juga mempunyai pelari jarak jauh dan sederhana yang hebat. Memang banyak tradisi sukan Myanmar yang kita dengar. Tetapi, apabila di Myanmar nanti saya juga ingin merisik bagaimana bentuk kerjasama mereka di kalangan stesyen televisyen dan syarikat media mereka. Insyallah hingga di lain masa....

Wednesday, March 7, 2012

Mari kita jaga Zulfadli Zulkifli

Sengaja saya guna ayat tajuk yang keanak-anakan untuk 'posting' kali ini. Zulfadli Zulkifli, baru menjangkau usia 19 tahun tetapi sudah ternyata sedar perjalanannya untuk ke puncak badminton dunia. Juara badminton remaja Asia dan dunia, anak En Zulkifli ini mungkin muncul pada masa yang sangat ditunggu-tunggu oleh peminat sukan tanahair, termasuklah saya sendiri. Agak bosan juga dengan persoalan yang ditimbulkan oleh para penulis sukan tempatan yang sering berbunyi: "Siapa pengganti Lee Chong Wei?". Naah, jawapannya, siapa lagi kalau Zulfadli Zulkifli! Tetapi media sukan di Malaysia kebelakangan ini saya ternampak ketidak-tentuan dalam keberimbangannnya. Cepat sungguh memuji, pantas pula mengeji...lazimnya ekstrem dalam apa yang diperkatakan dalam kebanyakan isu. Lebih buruk lagi kalau wartawan yang masih kurang pengalaman, tanpa "sports world view" yang kukuh, ditambah pula terbawa-bawa dengan sikap suka gossip dan mudah iri hati di kalangan warga Malaysia. Ada saya terdengar ungkapan: "Bapa Zulfadli tu macam-macamla...". Haaa itu dia bunyi awal dalam kelompok media tempatan yang mungkin dipahat sedikit sebanyak sinisnya oleh orang-orang dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Apa maksudnya "macam-macam"?. Barangkali ia termasuk permintaan Encik Zulkifli untuk berada di dewan Stadium Juara di Bukit Kiara, KL, yang juga ibupejabat BAM. Macam-macam yang macam mana? Kalau kita lihat elok-elok, dakwaan bahawa bapa Zulfadli itu "macam-macam", sama sekali tidak timbul. Setahu saya, Zulkifli hanya meminta kebenaran untuk sama-sama berada di dewan Stadium Juara untuk memerhatikan anak dilatih para jurulatih BAM. Sudah tentu apa salahnya. Lagi pun keputusan Zulkifli (dan Kelab Raket Kuala Lumpur) setuju supaya Zulfadli dimasukkan dalam program latihan BAM hanya untuk satu matlamat; ingin sama-sama melihat Zulfadli terus mengasah carta peningkatannya untuk cuba mengikut jejak jaguh kita Datuk Lee Chong Wei. Apa salahnya Zulkifli sebagai seorang bapa ingin memastikan anaknya yang baru berusia 19 tahun, mendapat penjagaan dan latihan yang sesuai demi badminton negara juga. Apatah lagi Zulkifli sendiri sudah membentuk permainan Zulfadli hingga menjadi juara dunia. Gelaran itu tidak pernah dikecapi oleh mana-mana pemain dari Malaysia sebelum ini. Justeru, tunjuk ajar (atau pemerhatian Zulkifli sebagai seorang bapa mahupun jurulatih) sudah terbukti. Tidak boleh dinafikan kesan dan kebijaksanaan cara Zulkifli membimbing karier badminton anaknya. Sedangkan sebaliknya, kita semua maklum bahawa tidak semua corak latihan atau sistem kejurulatihan BAM, berhasil sepenuhnya. Sudah beberapa tahun kita menyaksikan beberapa bakat muda negara seperti Arif Latif, Darren Liew atau Kuan Beng Hong, gagal mekar ke peringkat senior seperti yang dirancang BAM. Malah, persoalannya semakin kritikal, siapakah pengganti Chong Wei selepas ini? Apa yang perlu ditekankan ialah sikap profesional dan kerjasama ala-budaya sukan Malaysia di antara BAM dan Zulkifli. Anaknya Zulfadli ibarat mutiara yang sangat berharga bagi kita semua. Dia (dan bapanya juga) perlukan setiap cebis sokongan untuk membantu peningkatannya dari tahap junior ke senior dalam arena badminton dunia. Jadi, semua pihak harus bijaksana dalam menilai (dan seharusnya menatang) bakat badminton yang datang sekali-sekala ini, untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna bagi sukan negara sepertimana yang berjaya dipikul oleh Datuk Lee Chong Wei. Awal-awal lagi, ketepikanlah cakap-cakap sinis, laporan media yang tidak tepat dan sikap iri hati yang tidak tentu hala supaya kita dapat melihat dengan jelas sejauh manakah bakat, jati diri dan profesionalisma yang dimiliki oleh anak muda kita yang bernama Zufadli Zulkifli. Janganlah terbawa-bawa dengan sikap keanak-anakan!

Friday, February 10, 2012

EMBARASSING HOSTS AT ACC

I am pretty sure there can be hundreds of reason for Malaysian National Cycling Federation (MNCF) to deny that there is nothing wrong about the on-going Asian Cycling Championships (ACC) in Velodrome Kuala Lumpur. Lack of funds are the obvious complaints but to me, the overall view of the ACC is disgusting! Clearly the preparations for the Asian track cycling most prestigious event is not up to mark, bad for Asia and most importantly bad for Malaysia. I first got the glimpse of the competition site via Live telecast on local sports channel, Arena. When I decided to see it first hand during the sprint finals this morning(February 10), I cant help cursing myself in shame. Every Malaysian should be ashamed of the state of Velodrome Kuala Lumpur. MNCF, or the whole of Malaysia, would have at least respected the presence of top Asian track cycling stars such as the Kazunari Watanabe of Japan, the Zhang brothers from China, or at least our very own world class Azizulhasni Awang and Fatehah Mustapha, by putting up a decent lay-out and landscape of the championships. Its terrible! Looked even worse on television. Are we kidding ourselves by pronouncing that Malaysian is truly developing nation. In the case of the poorly prepared ACC in Kuala Lumpur, I would say Vietnam, Thailand, the Philippines would do a much better job for sure. Perhaps, Malaysia's shambling and shanty look ACC venue this year, looks to rival Indonesia (similar to some of their SEA Games venues di Palembang last year). I would not agree if only MNCF were to be blamed...its the whole country! KL City Hall, Sports Ministry, National Sports Council, Olympic Council of Malaysia and others, should also take responsibility. For heaven's sake, it doesnt take that much to put a better looking venue for an Asian level sports championships. I mean, the overall view of the competition is plain lousy and shameful! Go see it yourself...

Wednesday, October 19, 2011

Ace!..with Park Se Ri

MOST definitley I was rooting for South Korean golf legend, Park Se Ri to win last week's LPGA Malaysia-Sime Darby tournament at Kuala Lumpur Golf and Country Club. Not only do I think that Se Ri is a great golf champion but also respected her on a personal term. Se Ri played good throughout the week to finish 4th but more importantly her performance in Malaysia convinced me that she still has a lot of good golf in her to win another LPGA title sometime soon.
It was exactly a week ago that I achieved one of my greatest sporting moment of my life! Whoaaa...sounds like the professional athlete right? But surely no one would be able to take the sweet memories I had on that day, October 12 2011, at 7.55 am to be precise. I struck my first hole-in-one after playing and enjoying golf for 12 years. It was doubly sweet and exciting as I did it in front of World Golf's Hall of Fame inductee, Pak Se Ri. Se Ri, unlike American player Cristie Kerr whom I played with in last year's Pro-Am, was such a wonderful person. Her so-called 'aura' and humanly manners truly felt good to me. My precious 'hole-in-one' strike on the 128-meter, Par 3, Hole 15th at KLGCC, was inpired by Pak Se Ri. Not to mention the once in a lifetime friendly kiss from one of the greatest golfer of her generation. Thank you Miss Pak Se Ri..

Friday, September 30, 2011

Adam Malik - Muar-born to ATP

It feels so good that everytime I browsed through the ATP website, the name Adam Malik still rings a bell. So, before the name Adam Malik and the Malaysian flag get wiped out of the ATP system, I would quickly reccomend every Malaysian to have a look at it NOW. I dont want to be the over-patriotic guy here! But hey, seriously I doubt it that there will ever be another tennis player from Malaysia in the eyes of the ATP, in, say at least, another 50 years! So, get to your computers now...just check and search the name Adam Malik so that we will not feel too bad everytime the ATP tour stops in Kuala Lumpur.
This year's ATP-Malaysian Open at Putra Stadium, Bukit Jalil again brought up the question on the level of tennis among the current national players. No Malaysian player are ranked even in the 1,000 bracket of the ATP rankings. Wild-card appearances in the singles qualifying, or the main draw in doubles, ended without any kind of challenge by Malaysian players. I say this without trying to discredit the efforts of our current players such as Si Yew Meng, Deen Hisham, Ahmad Deedat or others. So in terms of ATP history, which means the real thing in men's professional tennis, no Malaysian player comes close to the achievements of Adam Malik. Muar-born Adam who now resides in the United States, is indeed the forgotten hero of Malaysian sports, tennis in particular. And who would forget that Adam is Malaysia's youngest ever player when he played in the Davis Cup at the tender age of 14!.
I feel we are lucky that the ATP player search still holds the data of Adam Malik despite being categorised as an "inactive player". Thanks to the immaculate data gathering of the ATP, we are still able to remember Adam's professional career, though not as illustrious as we would have liked. The ATP web-site data still kept Adam's ranking during the eight year period after he turned pro in 1988. Adam, now 44 years old, has a career high ranking of 436 in April 1995. I remember those days some fans used to complain that his ranking is "nothing" but looking back now, at least Adam was genuinely ranked by the ATP based on his touring points, including his "lone ranger" exploits carrying the Malaysian flag in the Satellite and Challenger Series. He was the real thing representing Malaysia among thousands of tennis professionals in a sport dominated by Europe and the Americas. At least, Adam was a truly feared player in Asian tennis during that period. I remember he played some superb tennis to beat his rivals from Korea, Thailand and Indonesia at the National Tennis Center in Jalan Duta in the late 80's and early 90's.
But my biggest memory of Adam's playing career was when he beat two higher ranked players to reach the Kuala Lumpur ATP tournament in 1994 at KL Badminton Stadium in Cheras. He beat up and coming American, Robbie Weiss in two tie-break sets in the first round. In the round of last 16, Adam overcame experienced Swedish player, Thomas Nydahl, 4-6, 7-6, 7-6 to reach the quarter-finals of an ATP event. And that is history in Malaysian tennis and sports in general! There are lot more stories of Adam who also had the talented but locally groomed V Selvam and another pal, R Ramachandran as his rival and team-mate in the national tennis team during that exciting period. How can I forget them, especially Adam whom I regard as the best tennis player Malaysia has ever produced. Thank you for the memories Adam Malik!

Friday, September 23, 2011

Siapa kata kita akan 'mengaum'?

Baru saja lepas terbaca blog "Aku Bimbo"... jadi naik semangat pulak untuk aku memasang angan, membentak perasaan! Semuanya gara-gara tajuk beberapa akhbar di Malaysia susulan kekalahan 2-0 di tangan Jepun dalam kelayakan Olimpik London 2012, Rabu lalu. Spesifiknya, tajuk akhbar tabloid berbahasa Melayu. Memang mudah,  'sedap' dan puas hati bagi orang yang tukang buat 'heading' kalau tajuk itu dirasakan dapat menguja para pembaca akhbar berkenaan. Kalau "Aku Bimbo" ada menyanggah sikap sensasi tajuk sebuah akhbar mengenai seorang kanak-kanak yang dijangkiti virus Aids yang dilabel sebagai "budak Aids" (anak gitaris sebuah kumpulan rock tempatan), aku pula kurang senang dengan dua tajuk akhbar tempatan selepas kekalahan Malaysia di tangan Jepun di Stadium Tosu, Fukuoka, Jepun pada 21 September lalu. Bagi aku dua tajuk yang dimaksudkan: 1) "Harimau Muda gagal mengaum di bumi Jepun"; dan 2) "Harimau Lemau"; sungguh dangkal, rendah mutu dan berbaur penghinaan.
Aku yakin dan percaya, kedua-dua tajuk itu direka tanpa menyusuri rentetan sebenar bolasepak negara, malah rangkap katanya dikeluarkan secara spontan untuk memperkecilkan pemain dan pasukan kita sendiri. Bagaimanapun, jika wartawan, penyunting, atau editor yang bertanggungjawab mencetuskan ungkapan tajuk-tajuk itu berfikir dengan sedikit mendalam dan teliti, mereka pastinya akan mendapat ilham untuk memaparkan "heading" lain yang lebih tepat, membina dan tidak merosakkan bahasa. Sebagai orang yang pernah terlibat dengan penerbitan akhbar tabloid pada tahun 1990-an dulu, saya ingin memberikan sedikit hujah mengenai 2 tajuk berkenaan pada Khamis, 22 September 2011 (nama akhbar berkenaan dirahsiakan).

 Harimau Muda gagal mengaum di bumi Jepun
 Persoalannya:
1) Siapa yang kata pasukan kita akan mengaum di Jepun?
2) Bukankah wartawan dan sidang redaksi akhbar berkenaan sendiri yang berminggu-minggu mengulit sendiri harapan dan gambaran sebelum perlawanan?
3) Adakah jurulatih Olimpik, Ong Kim Swee pernah mengatakan pasukannya akan mengaum di Jepun? Saya rasa tidak pernah!
4) Mengikut sejarah, media sukan tempatan (termasuk akhbar tabloid berkenaan) mudah terbawa-bawa elemen "match previews" yang seolah-olah pasukan kita akan meledak dan menang pada hari perlawanan nanti! Rasa positif itu tidak salah, namun perlu realisitik.
5)  Tidak salah juga jika Kim Swee atau pemain berjanji untuk memberikan yang terbaik, atau menjangkakan peluang kita ada apabila bertemu Jepun nanti.

* Jadi, tajuk akhbar "gagal mengaum" dalam konteks menentang Jepun tempoh hari tidak memberi gambaran yang adil dan sesuai. Persoalannya sekali lagi: "Siapa yang janji Malaysia akan mengaum di bumi Jepun?". Itu cuma andaian syok sendiri tabloid berkenaan.

"Harimau lemau"
1) Perkataan "lemau" dalam tajuk ini adalah sebahagian daripada vokabulari bahasa pasar/rojak generasi SMS dan FB. Juga dikerap dianjurkan oleh pelbagai individu dalam selebriti hiburan. Maksud "lemau" ditujukan kepada orang yang lembap, tak bertenaga dan tidak ceria.
2) Penggunaan perkataan 'lemau' terhadap skuad Olimpik negara sungguh berbaur penghinaan (sedangkan pemain jelas berusaha sedaya upaya menyaingi Jepun walaupun akhirnya tewas 2-0).
3) Kita akur corak permainan Malaysia di Tosu didominasi Jepun, antara statistik 16 percubaan Jepun; 1 percubaan Msia. Tetapi perkataan 'lemau" bukan istilah yang adil jika penulis tajuk akhbar berkenaan mengerti kronologi kejatuhan dan kebangkitan bolasepak Malaysia dan Jepun secara amnya. Perbandingan moden: Jepun No1 di Asia; Msia ke-25!
4) Di segi bahasa pun, penggunaan perkataan 'lemau' tidak tepat (sesuai untuk kuih dan biskut) untuk menggambarkan prestasi sesebuah pasukan bolasepak.

* Jadi, penggunaan 'lemau' hanyalah sikap nakal akhbar tabloid berkenaan seperti mahu menghina pasukan Olimpik negara. Ia sekadar 'sedap mulut' mereka saja yang mungkin juga sudah kehabisan idea. Secara peribadi, saya sendiri tahu ramai juga yang boleh dilabel sebagai 'lemau' di kalangan petugas media tempatan.

Apa yang menariknya, komen daripada pengulas berkecuali (Inggeris) untuk perlawanan Jepun-Malaysia itu, mempunyai pendapat yang lebih terbuka dan berbeza daripada gambaran akhbar tempatan kita sendiri. Pengulas berkenaan nyata melihat secara lebih menyeluruh bolasepak Malaysia dan Jepun. Antara pendapat mereka, pasukan Malaysia telah mempamerkan tentangan yang mantap, malah telah mampu meningkatkan keyakinan untuk berdepan Syria dan Bahrain; dan seterusnya merintis masa depan yang lebih baik. Barangkali, pendapat pengulas dan bekas pemain profesional itulah yang menjadi perbezaan minda kelas pertama berbanding sikap 'sedap mulut' dan menghina sesuka hati oleh sesetengah ruangan sukan tabloid tempatan.

Tuesday, September 20, 2011

Skuad Olimpik cari "good result"

Barangkali 'mood' Raya yang membuatkan saya rasa terlalu sibuk untuk menulis. Detik sedih dan malang menimpa rakan media dalam misi kemanusiaan di Somalia juga seolah-olah melambatkan gerak-geri. Apa pun esok, Malaysia lawan Jepun dalam sukan bolasepak, kejohanan kelayakan Sukan Olimpik, mempunyai tarikan yang sudah cukup kuat.
Jepun (dan Korea Selatan) sering menjadi tuturan 'sedap mulut' peminat fanatik bolasepak tempatan. "Dulu, Jepun pun kita titik senang-senang." Memang benar tetapi tidak semua komen kita tepat. Kelayakan Sukan Olimpik 1972, Malaysia benam Jepun 3-0 menerusi hatrik Syed Ahmad Syed Abu Bakar membolehkan Malaysia layak ke Munich. Itu dulu, ini sekarang! Proses kelayakan bolasepak sekarang juga sudah banyak berubah. Jumlah negara yang menghantar pasukan beraksi dalam bolasepak antarabangsa juga sudah bertambah besar. Perjalanan pasukan kendalian Ong Kim Swee ternyata begitu berliku. Bolasepak Jepun sekarang menuju "world class" dalam semua aspek. Perlawanan esok hanyalah yang pertama daripada 6 perlawanan semuanya yang turut membabitkan Syria dan Bahrain. Yang penting, pasukan Olimpik negara perlu tepat mencari sasaran untuk mendapatkan "good result".
Ketika bersembang dengan Kim Swee di luar 'set' di Sri Pentas minggu lalu, saya sempat meluahkan rasa kepada beliau bahawa Malaysia perlu jelas dan terancang untuk mencari "good result". Kalah 1-0 mungkin masih boleh dianggap "good result". Apa ni? Takde semangat ke? Mengalah sebelum berjuang? Bukan itu maksud saya. Saya percaya Kim Swee dan pemain-pemainnya faham realiti bolasepak di antara Malaysia dan Jepun ketika ini. Justeru, mencari 'good result' amat penting supaya cabaran awal pasukan Olimpik untuk mengintai peluang ke London 2012, tidak terjerumus, terkulai dan layu! Biarlah secara keseluruhannya, pasukan Olimpik Malaysia dapat mempertontonkan kualiti yang sewajarnya dan terus mencari landasan untuk membantu kebangkitan bolasepak Malaysia. Baiklah, 0-0 atau 1-1 sudah tentu good result yang lebih diinginkan peminat bolasepak tempatan dan saya sendiri. Satu mata daripada perlawanan 'away' di Tosu, Jepun sudah pasti cukup berharga, sekaligus membakar semangat dan keyakinan pemain Malaysia untuk cabaran seterusnya. Jadi, Ong Kim Swee, grup teknikalnya serta pemain-pemain skuad Olimpik, peka, prihatin dan berusaha keraslah untuk apa yang sepatutnya menjadi "good result" di Jepun, esok. Selamat berjuang!!!