Sports and society? How does it mix? Well, that is what I intend to explore...the fun and challenges of sports on the backdrop of a Malaysian life. I am confident of getting it over on the second serve!
Wednesday, May 9, 2012
Macam-macam tak tentu...
BERTALU-TALU reaksi yang aku terima sebaik saja Pak Menteri, Datuk Seri Utama Rais yang dipetik sebagai berkata baru-baru ini bahawa hak penyiaran sukan kini perlu dikongsi oleh pelbagai rangkaian televisyen tempatan. Untuk lebih tepat, kenyataan yang ditafsir orang awam sebagai arahan itu ditujukan hanya untuk stesyen televisyen percuma (free-to-air) dan bukannya kabel seperti Astro.
Dari orang atasan, rakan kerja mahupun peminat sukan, semuanya terus menyifatkan TV3 akan berkongsi siaran Euro 2012 di Poland-Ukraine dengan RTM; dan lepas tu RTM pula akan berkongsi siaran Sukan Olimpik London 2012 dengan TV3. Macam mana pula dengan Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil? Sukan Komanwel 2014 (Glasgow), Sukan Asia 2014 (Inchoen) atau Sukan SEA 2013 (Myanmar)? Aahhh best jugak kalau rangkaian FTA, umumnya TV3,RTM atau mungkin Bernama TV benar-benar berkongsi siaran sukan besar seperti yang disebutkan. Memang Datuk Seri Rais ada sebut bahawa kandungan popular (popular content) harus dikongsi demi hak tontonan umum rakyat Malaysia...satu Malaysia!
Peminat sukan tempatan tentulah gembira dengan beranggapan dapat menyaksikan semua acara temasya sukan terbesar dunia tanpa bayaran, ikatan, sekatan atau peraturan yang kadangkala tidak mampu dileraikan.
Soalnya sekarang apakah kenyataan Menteri Komunikasi itu akan diterimapakai oleh pemilik-pemilik hak siaran seperti FIFA, IOC, UEFA, FOA, CGF dan sebagainya. Apatah lagi senario jual beli hak siaran acara sukan terbesar masih turut dikuasai agensi-agensi pemasaran terkemuka dunia. Apa yang pasti, memang menarik perkembangan ini dan 'dari dalam" saya menunggu penuh minat bila dan bagaimana ia akan berlaku!
Coretan yang ini juga ada kaitan tentang kerjasama di kalangan syarikat televisyen tempatan. Bagaimanapun, ia berkenaan 'ikatan' Astro Arena (kabel Astro 801) terhadap beberapa atlet terkemuka negara. Tidak dinafikan ada bentuk kerjasama tetapi secara moralnya, masih ketara ciri 'dominasi' yang diamalkan untuk jenama syarikat masing-masing lebih atas. Misalnya, sekarang ini kalau ada media elektronik ingin menemubual Datuk Lee Chong Wei, rakaman perlu dibuat dengan Chong Wei memakai baju yang tertera Astro Arena. Sebenarnya, tiada masalah besar dalam hal itu tetapi ia semakin meninggalkan kesan yang tidak selesa di antara syarikat-syarikat media tempatan. Barangkali atlet dan persatuan yang ingin membuat kontrak atau sebagai perjanjian dengan syarikat media, sama ada cetak mahupun elektronik, diharap sedikit berhati-hati dan memberi pertimbangan sewajarnya kepada media lain. Bila dalam sesuatu hal, mereka perlu peranan semua media tetapi pada masa yang sama dalam situasi lain, boleh merosakkan kerjasama itu apabila membuat perjanjian ekslusif dengan syarikat tertentu. Rasanya di luar negara, jarang syarikat media menjadi penaja khusus atlet atau pasukan kebangsaan kerana secara umumnya, atau mengikut kata akal,mereka (atlet) adalah ikon dan inspirasi untuk semua, untuk negara.
Esok saya akan berlepas ke negara Myanmar buat kali pertama untuk siri lawatan sambil belajar. Dari kecil dulu, secara intuisinya, saya memang tertarik secara dengan sebutan dan gambaran negara Burma (kini Myanmar). Dari cerita-cerita arwah bapa mengenai kekuatan pasukan bolasepak Burma yang pernah menjuarai Pestabola Merdeka dan Sukan SEA...Hla Tay dan sebagainya. Burma juga mempunyai pelari jarak jauh dan sederhana yang hebat. Memang banyak tradisi sukan Myanmar yang kita dengar. Tetapi, apabila di Myanmar nanti saya juga ingin merisik bagaimana bentuk kerjasama mereka di kalangan stesyen televisyen dan syarikat media mereka. Insyallah hingga di lain masa....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment