Wednesday, February 9, 2011

Pasca Piala Suzuki..Malaysia menang lagi!

Banyak kenangan sempat saya imbas sambil seronok menyaksikan pasukan kebangsaan Malaysia menumpaskan Hong Kong 2-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, semalam. Tahniah diucapkan kepada pemain-pemain negara.
Bagaimanapun, ada ingatan lain buat saya mengenai perlawanan Malaysia-Hong Kong, tetapi di Stadium Darulmakmur, Kuantan, pada tahun 2006. Ingatannya sungguh mengecewakan!
Saya tidak pasti sama ada jurulatih kebangsaan, K Rajagopal masih ingat atau tidak tentang perlawanan di Kuantan itu. Apa sekalipun, ia adalah perlawanan yang amat sukar untuk saya lupakan. Semuanya, gara-gara kekecewaan saya mengenai persembahan pasukan negara ketika itu. Malaysia bukan saja kalah 3-1 di Kuantan, tetapi apa yang lebih mengecewakan ialah corak permainan yang bagi saya, sangat hambar. Pemain yang beraksi di Kuantan pada malam itu tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya. Jarang kita katakan ini: "Jurulatih yang salah!"..Bagi saya kekalahan 3-1 Malaysia di tangan Hong Kong dalam kelayakan Piala Dunia itu, sungguh memalukan kerana kesilapan jurulatih. Siapa jurulatih Malaysia ketika itu? K Rajagopal atau Karl Weigang (dari Jerman)?
Susunan pemain atau 'line-up' pada malam itu di Kuantan mungkin yang terburuk dalam mana-mana sejarah perlawanan pasukan kebangsaan. Entah apa yang berlaku saya 'emo' sikit kerana kecewa dan tidak puas hati dengan 'line-up" team Malaysia malam itu. Bukan tunjuk pandai tetapi saya yakin rata-rata peminat baru pun dapat lihat dengan jelas lineup yang terlalu 'defensive', 'conservative', 'passive', dan tidak pro-aktif. Siapa buat lineup? Rajagopal? Atau sebenarnya Weigang yang ketika itu sebagai Pengarah Teknikal FAM tetapi mengambil-alih pasukan kebangsaan secara sementara...Rajagopal pun macam sementara sebagai jurulatih. Dalam sidang media, saya tidak segan silu memberi hujah" "Kenapa lineup Malaysia defensive sangat? Macam mana nak uji Hong Kong?" Itu antara persoalan yang begitu tertanam dalam diri saya selepas menyaksikan skuad Malaysia terkial-kial untuk mara dan bergerak sedangkan Hong Kong tidak sekuat mana pun! Yang saya masih ingat, Khairunissam Shahabuddin dan K Nanthakumar sebagai mid-field, mereka tidak dapat banyak bergerak dan sentiasa tidak jauh di depan rakan-rakan defensive yang lain seperti Yuzaiman Zahari, Samsul Saad dan Khairil Zainal...macam mana yang cari ruang untuk menyerang! Maka, lontaran suara saya mempersoalkan 'lineup' Rajagopal dan Weigang itulah yang mungkin membuatkan saya kurang disenangi Rajagopal sehingga hari ini..betul ke coach Raja?? Bersambung....

No comments:

Post a Comment