Thursday, June 30, 2011

Realiti bolasepak Malaysia masih meruncing

Semangat saja tidak cukup untuk Malaysia memanjat tangga bolasepak antarabangsa dari tahap Asia Tenggara ke peringkat Asia. Juga dalam bolasepak, tidak cukup jika pegawai dan pentadbirnya sekadar pandai tersenyum lebar penuh bergaya kepada jurukamera media sewaktu pelancaran majlis. Dua situasi itu cukup rapat berkait semalam, 29 Jun 2011.
Malaysia 2, China Taipeh 1...keputusan perlawanan kelayakan pra-Piala Dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil, seharusnya menjadi pembuka mata. Bukan saja mata peminat dan pemerhati bolasepak tanahair, tetapi yang lebih penting membuka 'mata' Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta rakan kongsi terbarunya, Kementerian Belia dan Sukan. Jelas sungguh KBS dan Majlis Sukan Negara (MSN) begitu beria-ia dengan bolasepak selepas pasukan negara 'tidak semena-mena' merangkul emas Sukan SEA 2009 dan juara Asia Tenggara 2010). Tiada masalah dengan semua itu asalkan KBS/MSN benar-benar profesional ingin membantu bolasepak (tanpa melupakan tanggungjawab dan komitmennya kepada sukan lain yang kurang popular).
Tidak dinafikan semangat juang pasukan negara menjadi tunjang kejayaan pingat emas Sukan SEA dan Piala AFF, namun sudah sampai masanya FAM, KBS dan orang teknikal bolasepak tempatan melihat dan mengakui kekurangan yang masih ketara dalam bolasepak kita. Untuk menyaingi permainan bolasepak kualiti tinggi, semangat saja tidak cukup...itu harus kita sedar kerana Malaysia kini kembali memasuki kancah bolasepak Asia. Perlu diakui bahawa kita masih ketinggalan jurang "2 gol" di belakang pasukan seperti Jepun, Korea Selatan, Iran atau Uzbekistan.
Kekurangan kita untuk mencabar di peringkat Asia begitu ketara walaupun berjaya menumpaskan China Taipeh 2-1, malam semalam. Realiti mengenai mutu bolasepak negara untuk kembali disegani di Asia masih berliku, termasuk cerita-cerita rasuah atau "menjual" perlawanan. Hambatan terhadap perancangan masa depan bolasepak Malaysia tetap mendesak sekalipun kini berjaya menapak dengan kejayaan pingat emas Sukan SEA di Laos, 2009 dan juara Piala AFF 2010. Justeru, jangan terikut-ikut dengan senyuman Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim, serta orang-orang FAM dan MSN yang mula sibuk dengan penyelarasan program dan dana di atas nama perancangan masa depan bolasepak negara. Posing sana, posing sini, begitu selesa sekali kerana ketika ini, sukan bolasepak kini menjadi pujaan. Sebelum Laos dan Piala Suzuki, orang-orang yang lebih kurang sama ini juga yang lebih menyindir daripada menyokong!
Berdasarkan corak permainan (sepasukan dan individu) pemain Malaysia ketika menentang Taiwan, penyelarasan yang lebih penting dipegang oleh orang teknikal, jurulatih, bekas pemain yang mengendalikan akademi dan pusat bolasepak di seluruh negara, bukannya pegawai-pegawai tadbir yang bercakap macam-macam mengenai pasukan negara. Persoalan di kalangan bekas pemain dan jurulatih di Malaysia rasanya masih sama: "Teknik dan kecergasan pemain tempatan masih rendah di kalangan pasukan utama Asia!". Selaraskan "coaches education" di semua peringkat supaya semua jurulatih yang membimbing pemain bermula di peringkat akar umbi lagi, akan secara sedar menekankan corak permainan yang lebih pantas, hantaran tepat dan berimbang, kawalan bola lebih kemas dan daya saing tinggi menerusi kecergasan. Itu tidak termasuk kebijaksanaan jurulatih memujuk dan menjaga pemain bola berbakat semulajadi yang lazimnya agak malas dan banyak karenah. Pemain dengan skil individu ini penting untuk menjadi katalis permainan kualiti pasukan negara masa depan. Sebenarnya tak cukup muka surat jika ingin mengupas terperinci kekurangan yang kita katakan masih ketara ketika Malaysia menang 2-1 ke atas Taiwan.
Sebelum memanjat carta bolasepak Asia, pastikan tempo permainan lebih tinggi tetapi konsentrasi penuh (seperti Sukan SEA dan Piala Suzuki) apabila menentang Taiwan pada perlawanan timbal balik petang Ahad ini. Kalau mahu inspirasi tambahan, bayangkan keghairahan seluruh negara dan peluang sanubari pemain sendiri, apabila menentang pasukan jiran musuh tradisi, Singapura dalam kelayakan pusingan kedua, selepas ini. Singapura.....hmmm...pasti seronok!!!

NOTA: Ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Tan Sri Zain Hashim, bekas Naib Presiden FAM, Pengerusi Pengadil FAM dan bekas pengadil FIFA. Secara peribadi, Allahyarham ku kenali sebagai seorang yang 'gentleman' dan berpengalaman luas. Semoga roh Allahyarham dicucuri Rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin. Amin.



Friday, June 17, 2011

No more fun in sports?

I played a decent round of golf at Berjaya Hills Resort at Bukit Tinggi on Monday afternoon...and last night scored a free-kick goal for the Sportswriters Association of Malaysia (SAM) team in a friendly football match against Hijau Kuning dot.com at Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) at Shah Alam. Felt great about the goal but not the final score of the match!
For us, sports is fun for sure. Let's hope our sportsmen/women and athletes will also continue to find joy in their game. However, that has not been case for a couple of our national track athletes off late. Out of the sudden, they were put in a bad light as trying to evade drug testing! For crying out loud, THEY DONT DESERVE THIS!!! No thanks to the Majlis Sukan Negara (MSN)....or as later pointed out, Institut Sukan Negara (ISN).
There is a teeny weeny question mark on MSN/ISN's timing and the real purpose to suddenly instruct the girls (national athletes) to undergo drug testing. The athletes were caught in the middle, becoming victims of another episode of "power show" between MSN and Malaysian Amatuer Athletics Union (MAAU). It's no secret at all that MSN Director General, Datuk Zolkples Embong still bears a long standing grudge against MAAU's Deputy President, Karim Ibrahim. Zolkples simply could not stand Karim, vise versa!! Surely on his fine and authoritative days at his office in Bukit Jalil, Zolkples could not stop but realise that Karim is the ONLY ONE among national sports officials in this country would DARE point out whatever "wrong-doings" by Datuk Zol or the MSN/ISN.
Matters have gone worse between Zol and Karim with the latest issue involving national athletes who were just excited to undergo training in Bulgaria, last month. Now, parents of the athletes are duly worried. Is it worth for their daughters to pursue their athletic career if there are pressures from all sides? Not just on the track, but the "power shows" between MSN and MAAU. Some parents even recalled the darkest moment in Malaysian sports history when a young female athlete allegedly took her own life due to "outside pressures" in the early 90-s. Is it the same kind of pressure?